connect with the hour glass
Rolex Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, platinum M126506-0001
Cosmograph Daytona
Oyster, 40 mm, platinum
M126506-0001
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Cosmograph Daytona
Oyster, 40 mm, platinum
M126506-0001
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail Biru Ais
Model ini menampilkan permukaan biru salji dengan pengira berlingkar, penanda dan jarum jam yang dihiasi emas dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Jarum detik tengah membolehkan bacaan setepat 1/8 saat, manakala dua pembilang pada permukaan memaparkan masa yang berlalu dalam kiraan jam dan minit. Pemandu boleh merancang dengan tepat masa dan taktik mereka dengan jayanya.
Skala tachymetri
Bahagian utama identiti model ialah bezel yang dibentuk dengan skala takimetri untuk mengukur kelajuan purata sehingga 400 batu atau kilometer sejam. Bezel Cerachrom monoblok dalam seramik berteknologi tinggi menawarkan beberapa kelebihan: tahan kakisan, betul-betul tahan calar dan warna tidak terjejas oleh sinaran UV. Bezel yang sangat tahan lama ini turut menawarkan skala takimetri yang sangat mudah dibaca hasil pemendapan lapisan nipis platinum dalam angka dan senggatan melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Bezel Cerachrom monoblok diperbuat dalam satu kepingan tunggal dan menegapkan kristal dengan kuat pada penutup tengah bagi memastikan kekalisan air.
Platinum
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Gaya yang simbolik dan prestasi superlatif Oyster Perpetual Cosmograph Daytona telah mengukuhkan status ikoniknya di luar litar perlumbaan kereta sukan. Bagi menandakan ulang tahun ke-60 jam tangan ini, Rolex memastikan kesinambungan legenda ini dengan merombak keseluruhan barisan melalui kerja semula berketepatan tinggi yang melibatkan penutup, rupa dan juga gerakan. Pelarasan dan evolusi yang begitu banyak menjadi peringatan bahawa usaha memburu kecemerlangan ialah satu perlumbaan tanpa garis penamat.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.