Rolex Submariner Date Oyster, 41 mm, white gold M126619LB-0003

MENU
Rolex

Submariner Date

Oyster, 41 mm, emas putih

M126619LB-0003

Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi kami

M126619LB-0003
Rujukan
126619LB
Bentuk Model
Oyster, 41 mm, emas putih
Bezel
Boleh gilir satu arah senggatan 60 minit, sisipan Cerachrom tahan calar dalam seramik, angka roman dan senggatan disaluti platinum
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 300 meter / 1000 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Dail
Hitam
Persijilan
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Winding Crown
Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple
M126619LB-0003
Bezel boleh putar dwiarah

Bezel boleh putar dwiarah

Bezel boleh berputar Submariner adalah kunci kepada fungsi jam tangan ini. Senggatan 60 minit membolehkan penyelam memantau masa menyelam serta penyahmampatan berhenti dengan tepat dan selamat. Dihasilkan oleh Rolex daripada seramik keras dan tahan karat, sisipan bezel Cerachrom adalah tahan karat. Kapsul pendarkilau pada penanda sifar memastikan ia mudah dibaca, tidak kira betapa gelap persekitarannya. Bezel dengan tombol-tombol kecil direka dengan cermat untuk menawarkan cengkaman yang sangat baik di bawah air, walaupun mengunakan sarung tangan.

Dail hitam

Dail hitam

Paparan Chromalight pendarkilau pada dailnya adalah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan suatu ciri penting bagi penyelam. Penanda jam dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat - dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.

Dail hitam
Emas putih 18 karat

Emas putih 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Dilancarkan pada tahun 1953, Rolex Submariner merupakan jam tangan penyelam pertama yang kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki) – kini 300 meter (1,000 kaki). Ciri utama jam ini seperti bezel boleh putar bersenggat, paparan pendarkilau, jarum dan penanda jam yang besar telah menjadi pendorong dalam penciptaan rangkaian jam tangan penyelam Rolex seterusnya. Submariner ialah jam tangan ikonik yang kini terkenal menjangkaui dunia profesional yang mula-mula direka untuknya. Submariner, standard muktamad.

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

    Saya bersetuju untuk pengumpulan dan penggunaan data peribadi saya oleh The Hour Glass Group sesuai dengan Polisi Privasi.
    Saya setuju menerima maklumat pemasaran tentang Rolex dari The Hour Glass.

    * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

    * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

    We’re here to help


    Loading Consult A Specialist Form

    Change Country

    Select your country:

    Share

    Share via:

    To find out more about our available positions, please visit our Careers page.