MENU
  • Rolex
  • Our Rolex Showrooms

TEROKAI BILIK PAMERAN ROLEX BERSAMA THE HOUR GLASS

Selama lebih empat dekad dalam meneliti kepakaran jam tangan, bilik pameran Rolex kami menawarkan pengalaman yang memancarkan keunggulan prestasi mahkota Rolex

PERKHIDMATAN PENUH BERILMU

Pakar jualan jam tangan kami bersedia untuk membimbing anda dalam menelusuri rangkaian jam tangan Rolex asli yang meluas. Sekali gus, membantu dalam menemukan jam tangan yang bakal mendampingi anda sepanjang usia.

PENGALAMAN MEMBELI-BELAH BERSAMA THE HOUR GLASS

Bersama The Hour Glass, kami dikenali dengan kepentingan kami dalam mengolahkan pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan dan unik. Pasukan pakar jualan jam tangan kami yang berpengetahuan tinggi serta terlatih bakal membantu anda menemukan jam tangan Rolex yang sempurna.

BUTIK ROLEX ION ORCHARD

Butik flagship di Singapura kami mengambil lokasi di tengah-tengah destinasi peruncitan utama di bandar ini, yakni di sepanjang Orchard Road yang ikonik. Di mana, lokasinya mempunyai pertalian yang cukup lama dalam membentuk sejarah The Hour Glass dan Rolex. Butik yang luas dan tampil begitu mewah ini menzahirkan semangat Rolex serta menawarkan pengalaman yang mengasyikkan bagi menemui seutas jam tangan yang indah.

BUTIK ROLEX CULINAN HOUSE

Bertapak di dalam bangunan yang tersenarai sebagai bangunan warisan di persimpangan membeli-belah paling sibuk di Sydney, butik Rolex Culinan House merupakan butik Rolex terbesar serta satu-satunya butik yang tersergam megah berdiri di Hemisfera Selatan. Merentasi 400 meter persegi dan mempunyai tiga aras, butik ini membiaskan intipati lokasinya yang unik sambil menyepadukan susuk rekaan abadi sambil memberikan keanggunan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingannya.

BUTIK ROLEX CENTRAL EMBASSY

Mengambil lokasi utama di pusat perniagaan serta diplomatik Bangkok, butik Rolex Central Embassy menawarkan persekitaran yang sempurna dalam memulakan pengembaraan Rolex anda. Kenali kekayaan sejarah di sebalik pertukangan setiap jam tangan Rolex bersama pasukan pakar jualan jam tangan kami yang berdedikasi, mahir dan terlatih dalam menerokai aspek teknikal serta ketukangan terperinci jam tangan Rolex.

ROLEX AT THE HOUR GLASS AUCKLAND

Terletak secara strategik di lokasi beli-belah utama di Queen Street di bandar berpopulasi tertinggi di New Zealand, butik Rolex Auckland menawarkan pengalaman membeli-belah secara bersemuka yang mengasyikkan. Temui jam tangan Rolex klasik dan profesional terkini dalam persekitaran yang mencerminkan reputasi serta kualiti Rolex yang tiada tandingan.

ROLEX DI BUTIK THE HOUR GLASS KUALA LUMPUR

Bilik pameran Rolex di Pavilion Kuala Lumpur berkongsi kediaman ternama di pusat peruncitan utama di bandaraya ini. Mengambil lokasi di dalam butik The Hour Glass di Pavilion Kuala Lumpur, terokai pilihan jam tangan Rolex kami dalam keselesaan ruang yang nyaman lagi elegan.

KUNJUNGI BUTIK KAMI

The Hour Glass meraikan tiga generasi perkongsian bersama Rolex yang telah bertahan dalam ujian masa. Hari ini, sebagai sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex di seluruh dunia, kami berbesar hati untuk mewakili jenama ini merentasi 21 rangkaian lokasi kami di Singapura, Australia, New Zealand, Malaysia dan Thailand.

 

Atur temu janji bersama pakar jualan jam tangan kami yang senantiasa bersedia untuk membantu anda dalam menemukan pilihan jam tangan yang bakal mendampingi sepanjang usia.

We’re here to help


Loading Consult A Specialist Form

Change Country

Select your country:

Share

Share via:

To find out more about our available positions, please visit our Careers page.