Rolex GMT-Master II Oyster, 40 mm, Everose gold M126715CHNR-0001

MENU
Rolex

GMT-Master II

Oyster, 40 mm, emas Everose

M126715CHNR-0001

Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi kami

M126715CHNR-0001
Rujukan
126715CHNR
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas Everose
Bezel
Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna perang dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Dail
Hitam
Persijilan
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Winding Crown
Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple
M126715CHNR-0001
Bezel berputar 24-jam

Bezel berputar 24-jam

Model ini mempunyai permukaan hitam dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik perang dan hitam dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui pusingan putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.

Dail hitam

Dail hitam

Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan

Dail hitam
Emas Everose 18 karat

Emas Everose 18 karat

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN GMT-MASTER II ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Yacht-Master II ialah kronograf regata yang unik. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan waktu serta bagi permulaan perlumbaan yang sempurna, cara menggunakan fungsi kira detik yang eksklusif dengan menonton video.

Membenarkan pemakai menjejaki peredaran masa dalam zon waktu lain, GMT Master II menyerlahkan hubungan kita dengan dunia. Model ini kini boleh didapati dalam dua versi baharu – emas kuning 18 karat dan Rolesor kuning – dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam, kombinasi warna serba baharu. Ketukangan terunggul dibuktikan dengan pilihan bahan dan ketepatan kemasan, yang disatukan untuk menyerlahkan pencahayaan jam tangan yang terbaik. Kontras yang harmoni antara rantai Jubilee emas yang berkilauan dan bezel dua warna dengan ton gelap halus menggamit aura sinaran matahari serta pertukaran siang dan malam.

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

    Saya bersetuju untuk pengumpulan dan penggunaan data peribadi saya oleh The Hour Glass Group sesuai dengan Polisi Privasi.
    Saya setuju menerima maklumat pemasaran tentang Rolex dari The Hour Glass.

    * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

    * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

    We’re here to help


    Loading Consult A Specialist Form

    Change Country

    Select your country:

    Share

    Share via:

    To find out more about our available positions, please visit our Careers page.