connect with the hour glass
Rolex Yacht-Master 42 Oyster, 42 mm, white gold M226659-0004
Yacht-Master 42
Oyster, 42 mm, emas putih
M226659-0004
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Yacht-Master 42
Oyster, 42 mm, emas putih
M226659-0004
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Rantai Oysterflex
Rantai Oysterflex Yacht-Master baharu, dibangunkan dan dipatenkan oleh Rolex, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan dan pengancing keselamatan Oysterlock menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock emas putih 18 karat. Ia juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka dan dipatenkan oleh Rolex. Mekanisme bergigi inventif yang diintegrasikan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.
Emas putih 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Permukaan mata falkon
Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain, Yacht-Master 42 menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Ringan dan teguh, Oyster Perpetual Yacht-Master 42 baharu dalam titanium RLX ialah pendamping bagi mereka yang inginkan kebebasan dalam pergerakan. Amat sesuai sekali dengan permintaan dan cabaran lumba layar, kecemerlangan pembuatan jam tangan ini menyumbang kepada prestasi sukan. Yacht-Master 42 ialah jam tangan kedua dalam titanium RLX yang dikeluarkan oleh Rolex selepas Oyster Perpetual Deepsea Challenge, mengesahkan bahawa keringanan ialah kualiti yang harus diambil serius.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.