connect with the hour glass
Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, platinum M128236-0008
Day-Date 36
Oyster, 36 mm, platinum
M128236-0008
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Day-Date 36
Oyster, 36 mm, platinum
M128236-0008
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Day-Date 36 ini.
Dail Biru Ais
Dail biru ais adalah tanda pengenalan yang eksklusif dan tidak menonjol bagi jam tangan platinum Rolex. Rolex menggunakan platinum, logam yang paling mulia, untuk jam tangan yang terbaik. Dail-dail eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date dan Cosmograph Daytona.
Platinum
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Oyster Perpetual Day-Date 36 baharu menampilkan permukaan yang diperbuat daripada batu hiasan berkilauan yang membangkitkan suasana pantai Mediterranean. Aventurin hijau, karnelian dan firus digandingkan dengan jam tangan masing-masing dalam emas Everose, putih dan kuning 18 karat. Sebagai ungkapan kepakaran Rolex membuat permukaan, jam tangan Day-Date 36 baharu juga merupakan bukti penguasaan menyeluruh jenama itu dalam seni penetapan permata. Gabungan batu, permata dan logam berharga yang luar biasa ini menekankan keistimewaan dan keanggunan jam tangan berprestij ini.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.