MENU

Jam Tangan Baharu 2024

Rolex Deepsea

Membawa cahaya ke kedalaman

Berharga dan teknikal. Megah dan inovatif. Jam tangan yang terang untuk jurang yang gelap. Rolex mempersembahkan versi asal Oyster Perpetual Rolex Deepsea ini direka bentuk untuk bersinar di kedalaman lautan.
Jam tangan penyelam ini dipersembahkan dalam emas kuning 18 karat buat kali pertama dan menggunakan sisipan bezel Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik biru serta dail lakuer biru dengan nama 'DEEPSEA' dalam warna kuning serbuk.

Versi baharu ini turut menggabungkan inovasi teknikal: gelang mampatan berprestasi tinggi dalam sistem Ringlock dibuat daripada seramik biru. Keajaiban kejuruteraan ketepatan, cincin Cerachrom ini adalah hasil daripada proses pembuatan perintis.


Rolex Deepsea dilengkapi dengan kaliber 3235, satu mekanisme yang menerajui teknologi pembuatan jam tangan, membolehkannya memaparkan jam, minit, saat dan tarikh.


Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Rolex Deepsea mempunyai pensijilan Kronometer Superlatif yang memastikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan.

Jam tangan untuk lautan dalam
Rolex Deepsea menggambarkan sepenuhnya keupayaan inovasi Rolex. Pada pelancarannya pada tahun 2008, jam tangan penyelam laut dalam ini kalis air hingga kedalaman 3,900 meter (12,800 kaki), merasmikan sistem Ringlock - seni bina penutup unik yang membolehkannya menahan tekanan yang dikenakan di kedalaman melampau ini.
Mudah dibaca dan praktikal
Ketika menyelam laut dalam, kebolehan memaparkan masa dengan pasti adalah penting untuk hidup. Perhatian besar telah diberikan kepada kebolehbacaan Rolex Deepsea: jam tangan penyelam profesional ini menampilkan dail dengan reka bentuk ringkas dan menggabungkan paparan Chromalight. Bentuk ringkas penanda jam – segi tiga, bulatan dan segi empat tepat – dan jarum, yang dibezakan dengan jelas dalam saiz dan bentuk, diisi atau disalut dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan. Pada bezel, penanda ‘sifar’ segi tiga pada senggatan dapat dilihat dalam kegelapan kerana kapsul tertanam yang mengandungi bahan pendarkilau yang sama.
Seramik berteknologi tinggi

Rolex memainkan peranan sebagai perintis untuk pembangunan seramik khas bagi membina bezel-bezel monoblok dan sisipan-sisipan bezel. Rolex telah membangunkan kepakaran eksklusif dan kaedah pembuatan inovatif yang membenarkan mereka untuk menghasilkan komponen-komponen seramik sepenuhnya sendiri.


Pada versi baharu Rolex Deepsea, bezel boleh putar satu arah dilengkapi dengan sisipan Cerachrom senggatan 60 minit dalam seramik hitam yang membolehkan penyelam memantau waktu mereka di bawah air. Cincin mampatan berprestasi tinggi sistem Ringlock juga diperbuat daripada seramik biru. Senggat dan angka yang teracu dan terbenam sisipan Cerachrom, serta tulisan yang terukir pada cincin itu, disaluti dengan emas kuning melalui Pemendapan Wap Fizikal (PVD).

Penutup Oyster dan Sistem Ringlock

Satu contoh unggul keteguhan dan kebolehpercayaan, sarung Oyster 44 mm Rolex Deepsea dijamin kalis air hingga kedalaman 3,900 meter (12,800 kaki).


Rolex Deepsea memanfaatkan Sistem Ringlock, seni bina penutup yang dibangunkan oleh Rolex. Sistem ini terdiri daripada tiga elemen bertindih: kristal nilam yang tebal dan berkubah sedikit dengan salutan anti-reflektif, cincin mampatan berprestasi tinggi, yang menahan tekanan air, dan penutup belakang titanium RLX.

Perpetual kaliber 3235
Kaliber 3235 dilengkapi dengan sistem putaran automatik melalui rotor Perpetual. Lantaran seni bina barel dan kecekapan bolosan yang tinggi, rizab kuasa mekanisme ini mampu bertahan sehingga kira-kira 70 jam.
Rantai Oyster dan kancing keselamatan Oysterlock

Rolex Deepsea dalam emas kuning 18 karat dipasang pada rantai Oyster. Dibangunkan pada penghujung tahun 1930-an, rantai pautan tiga keping ini kekal sebagai rantai paling universal dalam koleksi Oyster Perpetual dan terkenal dengan ciri keteguhan.


Rantai Oyster Rolex Deepsea baharu ini dilengkapi dengan pengancing keselamatan lipat Oysterlock, yang mengelak daripada terbuka. Rantai ini juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka oleh Rolex dan dipatenkan. Mekanisme bergigi yang inovatif ini terletak di bawah penutup pengancing yang membolehkan pelarasan panjang rantai secara halus, tanpa alatan. Rantai Oyster Rolex Deepsea dalam emas kuning 18 karat juga memiliki sisipan seramik yang dipatenkan – direka bentuk oleh Rolex – di dalam pautan untuk meningkatkan kelenturan pada pergelangan tangan dan ketahanan hayat.

Pensijilan Kronometer Superlatif
Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Rolex Deepsea dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka berdasarkan kriteria mereka sendiri, berikutan perakuan rasmi mekanisme oleh Institut Pengujian Kronometer Rasmi Swiss (COSC).
Teruskan meneroka

We’re here to help


Loading Consult A Specialist Form

Change Country

Select your country:

Share

Share via:

To find out more about our available positions, please visit our Careers page.