connect with the hour glass
Rolex Yacht-Master 40 Oyster, 40 mm, Oystersteel and Everose gold M126621-0001
Yacht-Master 40
Oyster, 40 mm. Oystersteel dan emas Everose
M126621-0001
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Yacht-Master 40
Oyster, 40 mm. Oystersteel dan emas Everose
M126621-0001
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Bidirectional Rotatable Bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.
Dail coklat
Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain, Yacht-Master 40 menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan
Everose Rolesor
Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Ringan dan teguh, Oyster Perpetual Yacht-Master 42 baharu dalam titanium RLX ialah pendamping bagi mereka yang inginkan kebebasan dalam pergerakan. Amat sesuai sekali dengan permintaan dan cabaran lumba layar, kecemerlangan pembuatan jam tangan ini menyumbang kepada prestasi sukan. Yacht-Master 42 ialah jam tangan kedua dalam titanium RLX yang dikeluarkan oleh Rolex selepas Oyster Perpetual Deepsea Challenge, mengesahkan bahawa keringanan ialah kualiti yang harus diambil serius.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.