connect with the hour glass
Rolex Sea-Dweller Oyster, 43 mm, Oystersteel M126600-0002
Sea-Dweller
Oyster, 43 mm, Oystersteel
M126600-0002
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Sea-Dweller
Oyster, 43 mm, Oystersteel
M126600-0002
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Bezel seramik dengan paparan pendarkilau
Senggat 60-minit, bezel boleh putar diwarah Sea-Dweller membolehkan penyelam memantau masa menyelam serta penyahmampatan mereka dengan selamat. Ia dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang mana warnanya tidak terjejas oleh sinar ultralembayung matahari. Senggatan disalutkan melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan nipis platinum. Dail hitam berkilat menampilkan penanda jam Chromalight yang besar berserta jarum yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru tahan lama.
Dail hitam
Dail hitam pada Sea-Dweller mempunyai jarum tangan yang besar dan indeks dikhaskan untuk model profesional Rolex. Dail itu membawa nama Sea-Dweller dalam warna merah, rujukan kepada model yang pertama. Paparan Chromalight pada dail adalah suatu inovasi yang menjangkau sempadan penglihatan dalam persekitaran yang gelap. Cahaya birunya tahan sehingga lapan jam dengan kecerahan seragam iaitu dua kali lebih lama berbanding bahan kilauan standard.
Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan kakisan maksimum adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauannya walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.