connect with the hour glass
Rolex Oyster Perpetual 41 Oyster, 41 mm, Oystersteel M124300-0008
Oyster Perpetual 41
Oyster, 41 mm, Oystersteel
M124300-0008
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Oyster Perpetual 41
Oyster, 41 mm, Oystersteel
M124300-0008
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail firus biru
Dinamakan ‘Perayaan’, motif serba baharu ini boleh didapati untuk Oyster Perpetual 31, Oyster Perpetual 36 dan Oyster Perpetual 41. Terdiri daripada gelembung beraneka saiz dengan tepi berwarna hitam, tataan ini menyelubungi warna terang pada permukaan berlakuer yang diperkenalkan pada tahun 2020, menjadikan biru firus sebagai warna latar belakang, manakala merah jambu kandi, kuning, merah karang dan hijau untuk warna gelembung.
Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan kakisan maksimum adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauannya walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster
Rantai Oyster adalah alkimia sempurna bentuk dan fungsi serta estetika dan teknologi. Pertama kali diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam kukuh dan selesa ini dengan kelebaran penghubung tiga keping yang rata kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Penuh dengan warna-warni, tenaga dan aura positif, permukaan baharu Oyster Perpetual 31, Oyster Perpetual 36 dan Oyster Perpetual 41 dihiasi dengan buih aneka warna yang menyatukan semula keceriaan lima rona yang diterapkan pada model ini pada tahun 2020. Reka bentuk keceriaan yang membara ini ialah hasil daripada teknik seni terunggul. Hiasan permukaan dijalankan dalam persekitaran yang dikawal ketat untuk mengelakkan pencemaran habuk dan menuntut ketepatan yang jitu pada setiap peringkat bagi menghasilkan warna yang menakjubkan.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.