connect with the hour glass
Rolex Explorer 40 Oyster, 40 mm, Oystersteel M224270-0001
Explorer 40
Oyster, 40 mm, Oystersteel
M224270-0001
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Explorer 40
Oyster, 40 mm, Oystersteel
M224270-0001
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail hitam
Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam. Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 40 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Bezel halus
Oyster Perpetual Explorer 40 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik. Bezel yang halus pada Oystersteel adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.
Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan kakisan maksimum adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauannya walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Barisan Explorer diperluas dengan ketibaan model 40 mm baharu. Dengan keterbacaan yang dipertingkat, jam tangan ini merangkumi semua kualiti Explorer – salah satu jam tangan alatan pertama jenama ini yang menjadi rujukan sepanjang dekad. Mudah, teguh dan tahan kakisan, Explorer 40 baharu dihasilkan daripada Oystersteel, aloi khusus untuk Rolex. Keharmonian kemasan satin pada penutup tengah, rantai dan pengancing, serta pantulan cahaya daripada sisi penutup ialah garapan baharu pada jam tangan ikonik ini yang menawan.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.