connect with the hour glass
Rolex Datejust 31 Oyster, 31 mm, Oystersteel, Everose gold and diamonds M278381RBR-0026
Datejust 31
Oyster, 31 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian
M278381RBR-0026
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Datejust 31
Oyster, 31 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian
M278381RBR-0026
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail Indung Mutiara
Sifat sebuah indung mutiara penuh dengan misteri dan kejutan. Bergantung kepada asalnya, ia boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning Ia mempunyai perbezaan dari segi warna, intensiti dan struktur mengikut bahagian cangkerang dimana ia diekstrak. Di Rolex, indung mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan ditujukan khusus untuk menonjolkan keindahan semulajadi dan memelihara warna asalnya. Semua dail indung Mutiara adalah unik, sebuah dail yang serupa tidak akan menghiasi di pergelangan tangan yang lain
Bezel Set Berlian
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Everose Rolesor
Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
CARA MENETAPKAN DATEJUST 31 ANDA
Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Datejust 31 adalah ekspresi daya tarikan abadi. Ketahui lebih lanjut mengenai jam tangan ini dan cara untuk menetapkan masa dan tarikh dengan menonton video.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.