connect with the hour glass
Rolex Datejust 36 Oyster, 36 mm, Oystersteel, Everose gold and diamonds M126281RBR-0011
Datejust 36
Oyster, 36 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian
M126281RBR-0011
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Datejust 36
Oyster, 36 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian
M126281RBR-0011
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail slate
Permukaan ini mempunyai Roman VI dan IX dalam emas 18 karat, dan bertatahkan 24 berlian. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.
Bezel bertatahkan berlian
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Everose Rolesor
Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Mana-mana hari boleh terpahat dalam kehidupan kita dan menyediakan pentas untuk aspirasi baharu. Sejak dicipta pada tahun 1945, Datejust sentiasa mendapat garapan baharu yang melambangkan makna keanggunan klasik Rolex. Satu sejarah penting tercipta dalam pembuatan jam kerana ini ialah jam tangan kronometer kalis air automatik pertama yang mempunyai tingkap yang memaparkan tarikh. Diperbesar oleh kanta Siklops, angka ini ialah peringatan bahawa walaupun 24 jam menandakan sehari, kitalah yang harus memeriahkan hari tersebut.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.