connect with the hour glass
Rolex Datejust 36 Oyster, 36 mm, Oystersteel and Everose gold M126231-0030
Datejust 36
Oyster, 36 mm. Oystersteel dan emas Everose
M126231-0030
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Datejust 36
Oyster, 36 mm. Oystersteel dan emas Everose
M126231-0030
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail slate
Dail adalah wajah distingtif bagi jam tangan Rolex, yang mana ia ciri yang paling bertanggungjawab terhadap identiti dan kebolehbacaannya. Dicirikan oleh penanda jam yang dibentuk daripada emas untuk mencegah kekusaman, setiap dail Rolex direka dan dibuat secara dalaman dan sebahagian besarnya dibuat dengan menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Bezel berjelajur
Bezel berjejalur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan tertentu: ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, ianya sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat-alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jejalur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur adalah satu tanda perbezaan, dalam emas pada Datejust 36 ini.
Everose Rolesor
Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Percikan warna. Kilauan puitis. Rasa pembaharuan. Dail-dail yang menghiasi Datejust 31 baharu penuh dengan tenaga baharu dan harapan untuk kejayaan. Rolex mempersembahkan tiga versi baharu Datejust 31 dengan dail bermotifkan bunga yang menarik. Mengingatkan kepada padang rumput liar di musim panas, coraknya terdiri daripada 24 bunga yang jelas menonjol antara satu sama lain lantaran kemasannya – sama ada sinaran matahari, kusam atau berira. Setiap bunga diterangi dari dalam oleh berlian yang ditatah di bahagian tengah.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.