connect with the hour glass
Rolex 1908 39 mm, 18 ct yellow gold, polished finish M52508-0006
1908
Emas kuning 18 karat, 39 mm, kemasan terakhir digilap
M52508-0006
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
1908
Emas kuning 18 karat, 39 mm, kemasan terakhir digilap
M52508-0006
Harga atas Permintaan * Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Hubungi kami
Dail putih terang
Setiap permukaan merupakan karya seni yang teliti. Warna, pantulan dan tekstur permukaan, di samping unsur hiasan dan reka bentuk keseluruhan memberikan keunikan pada jam tangan. Rolex menguasai semua aspek penciptaan dan pengeluaran permukaan secara dalaman. Daripada lakaran awal kepada pemeriksaan akhir, termasuk mewarna atau menampal hias, proses ini melibatkan satu siri langkah dan pengendalian yang memerlukan kepakaran khusus. Sesetengah daripada profesion ini – sebagai contoh, pengenamelan – bermula sejak zaman awal pembuatan jam. Ada profesion yang sudah wujud dalam penggunaan teknologi canggih, seperti percikan magnetron, satu teknik yang rumit untuk mewarnakan bahagian atas permukaan dengan menyadur lapisan bahan yang nipis dalam persekitaran vakum. Pertembungan antara kemahiran tradisional dengan teknologi dalam pembuatan permukaan Rolex sememangnya menghayati falsafah yang menjadi panduan jenama ini: menyasarkan tahap kualiti tertinggi untuk mencapai hasil yang sempurna dan tahan lama.
Bezel berkubah dan berjejalur
Jam tangan yang elegan dan kemas ini menampilkan sarung nipis yang dipasang dengan bezel yang sebahagiannya berkubah di bahagian atas dan sebahagiannya berjejalur halus di bahagian bawah.
Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
The Hour Glass bangga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
Elegan, klasik dan kontemporari, Perpetual 1908 mengabadikan semangat keberanian Rolex sejak dahulu lagi. Mewarisi inti pati sejarah jenama seperti banyak siri inovasi dalam pembuatan jam, model ini menandakan pencapaian baharu dalam usaha mengejar kecemerlangan jenama. Konsep dan penciptaan model baharu ini membuktikan kepakaran dalaman Pengeluar ini yang menyeluruh. Diinspirasikan oleh Oyster Perpetual dari tahun 1931, jam tangan serba baharu ini menyahut cabaran jam yang lebih nipis dalam rangkaian Rolex dan menandakan ketibaan koleksi Perpetual yang mengolah jam tangan tradisional berteraskan semangat inovasi jenama ini. Nama '1908' merujuk kepada tarikh tanda dagangan 'Rolex' didaftarkan secara rasmi di Switzerland. Menjanjikan prestasi superlatif, model 1908 terpahat sebagai Rolex yang menyulam tradisi dengan sentuhan moden.
Hubungi Kami
Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.