






Permukaan aneka warna
Dengan cara yang paling halus namun moden, permukaan Oyster Perpetual 36 menerapkan kembali motif Jubilee yang diperkenalkan pada akhir tahun 1970-an, yang sejak itu telah menjadi ikonik. Huruf-huruf nama Rolex dipaparkan dalam interaksi kontras antara tidak kurang daripada sepuluh warna. Penghasilan corak ini begitu mencabar kerana warna-warna tidak diterapkan sekali gus, tetapi satu demi satu. Ketepatan tertinggi juga diperlukan untuk memastikan semua bentuk dan huruf yang membentuk motif diletakkan dengan sempurna.


Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.


Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.


Ketersediaan Model

















