menu
logo
rolex-plague-logo
Menu
Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-cover-m134303-0001-portrait

Rolex Oyster Perpetual

Hayati dunia Oyster anda

Jam tangan dalam rangkaian Oyster Perpetual ialah simbol gaya universal dan klasik, sambil menawarkan fungsi harian yang penting – jam, minit dan saat. Berakar umbi daripada asal-usul perintis Rolex, model-model ini melambangkan bentuk dan fungsi abadi. Model ini mewakili jam tangan dalam bentuk paling murni.

Jam tangan Oyster Perpetual ialah keturunan langsung Oyster asal yang dilancarkan pada tahun 1926 iaitu jam tangan kalis air pertama di dunia yang seterusnya telah menjadi asas kepada pembinaan reputasi Rolex. Seutas Kronometer Superlatif yang diperakui, Oyster Perpetual menampilkan semua ciri utama koleksi Oyster Perpetual – ketepatan kronometrik yang cemerlang, penutup Oyster kalis air, dan sebuah mekanisme mekanikal automatik melalui rotor Perpetual. Tidak menonjol dan elegan, jam tangan ini terkenal dengan gaya universal dan klasik

Oyster Perpetual memperlihatkan konsep Oyster yang paling tulen.

Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-universal-classic-style-m126000-0016-and-m276200-0008-portrait

Dinamik dan abadi

Oyster Perpetual terserlah dengan permukaan dalam pelbagai warna, halus atau ranggi: pelbagai wajah berbeza yang sentiasa menampilkan rupa kontemporari. Sebahagian permukaan misalnya batu metamorfik atau perak, mempunyai kemasan sinaran matahari, manakala yang lain, dalam warna seperti blue stone, green stone, brown stone, merah jambu gula-gula, hijau, biru firus, med blue atau hitam, dilapisi lakuer. Permukaan lain dilapisi lakuer dan mempunyai kemasan kusam, seperti varian kuning air, lavender atau pistachio. Versi lain boleh diperbuat daripada mutiara tempurung putih berwarna-warni atau menampilkan motif Jubilee motif aneka warna yang terhasil melalui percetakan pad. Permukaan Oyster Perpetual sesuai untuk sebarang gaya, tanpa mengira warna.

Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-timeless-m276208-0002-and-m126000-0012-and-m124205-0002-portrait

Model-model ini dipasangkan dengan rantai Oyster pautan tiga keping yang kukuh dan selesa. Rantai tersebut dilengkapi Oysterclasp lipat dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh Rolex, yang membolehkan pemakai menyesuaikan panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm.

Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-100th-anniversary-model-m134303-0001-portrait

Oyster Perpetual ditawarkan dalam Oystersteel emas 18 karat. Bagi menandakan ulang tahun ke-100 Oyster yang asal, versi Rolesor berwarna kuning telah diperkenalkan pada tahun 2026. Oyster Perpetual tersedia dalam lima ukuran – 28, 31, 34, 36 dan 41 mm – menyediakan pilihan diameter terbanyak untuk sebuah barisan Rolex.

Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-100th-anniversary-ambiance-m134303-0001-portrait

Kebolehpercayaan dan ketepatan

Penutup Oyster Perpetual dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah dibuat daripada blok Oystersteel padu atau emas 18 karat. Penutup belakang, dengan jejalur halus di tepi, diskrukan secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya membenarkan pembuat jam tangan Rolex yang diperakui mengakses gerakan jam. Komponen utama yang lain dalam struktur kalis air ini ialah putaran jam pusingan Twinlock yang dipasang dengan sistem kekalisan air ganda dua yang telah diskrukan dengan ketat pada penutup.

Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-reliability-and-precision-m277200-0006-and-m126000-0006-portrait

Bergantung pada saiz, Oyster Perpetual dilengkapi kaliber 2232 (bagi model dalam 28, 31 dan 34 mm) atau kaliber 3230 (bagi model dalam 36 dan 41 mm), iaitu gerakan mekanikal automatik yang dibangunkan serta dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Ia menawarkan prestasi yang menakjubkan, terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan serta kebolehpercayaan.

Oyster Perpetual v7-rolex-oyster-perpetual-movement-2232-portrait
Oyster Perpetual v7-rolex-greenseal-portrait-3

Pensijilan Kronometer Superlatif

Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak Rolex telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dilakukan dalam makmal Rolex, berdasarkan kriteria Rolex sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun

rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2026 © The Hour Glass Limited. Hak cipta terpelihara.
FacebookInstagramLinkedInYoutube