menu
logo
rolex-plague-logo
Menu

Rolex SailGP Championship
Mencorakkan semula arena lumba layar

Katamaran aerodinamik ultraringan. Perlumbaan hebat di lautan merentasi lima benua. Pengalaman unik untuk orang ramai. Rolex SailGP Championship, dengan Rolex sebagai Rakan Kongsi Perdana dan Jam Tangan Rasmi, telah merevolusikan perlumbaan kapal layar dan mendorong masa hadapan lumba layar.


Diterbitkan pada September 4, 2025

Kumpulan kapal layar terpantas dalam sejarah

Dua belas kru yang terdiri daripada pelayar handalan. Katamaran yang serupa, dengan kerajang dan sayap layar tegar. Mampu meluncur di atas ombak untuk mencapai kelajuan 50 knot, hampir 100 km/j, mereka bersaing dalam pusingan tidak lebih daripada 15 minit setiap satu. Rolex SailGP Championship meniup nafas baharu ke dalam dunia pelayaran kompetitif dengan bot terkini yang mempamerkan prestasi luar biasa. Kapal layar yang benar-benar terbang ini membawa bendera negara yang diwakili dan membentuk kumpulan kapal layar terpantas dalam sejarah.

SailGP-02-rolex-sailgp-rp3-0355-1-portrait

Pertandingan yang menakjubkan

Rolex SailGP Championship yang diadakan untuk kali pertama pada 2019 telah terbukti menjadi pertandingan paling mendebarkan dalam dunia pelayaran dan menampilkan acara baharu pada setiap musim. Kini, banyak perlumbaan diadakan di seluruh dunia sepanjang tahun: San Francisco, Dubai, Auckland, Portsmouth dan di pesisir Tasik Geneva. Pada setiap Grand Prix, kejohanan ini menawarkan persembahan yang menakjubkan di hadapan grandstan besar yang menyajikan pengalaman eksklusif kepada hadirin.

SailGP-03-rolex-sailgp-jl2-6375-portrait

Detik istimewa Rolex SailGP Championship bersama Testimoni Rolex


Hannah Mills, juara di atas dan di luar air

Pelayar Tahunan Dunia Rolex sebanyak dua kali, Hannah Mills, kini merupakan pakar strategi untuk Pasukan SailGP Great Britain Emirates. Selaku juara dunia 470 sebanyak dua kali, kapten Wales ini merupakan antara pelayar wanita paling cemerlang dalam sejarah Olimpik, dengan merangkul dua pingat emas dan satu perak. Sebagai duta SailGP untuk pembangunan mampan, Mills juga sangat komited terhadap penyertaan wanita dalam sukan pelayaran.

SailGP-04-rolex-sailgp-tl106134-1-fd1-0442-portrait

Tom Slingsby, pakar dalam pelbagai kelas

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012, Tom Slingsby, juga merupakan penerima tiga kali gelaran Pelayar Tahunan Dunia Rolex. Beliau juga telah memenangi Rolex SailGP Championship tiga kali sebagai jurumudi dan ketua pegawai eksekutif Pasukan Australia. Pelayar berbakat ini membawa pulang 10 gelaran kejohanan dunia dalam pelbagai kategori. Pemain Australia ini juga merupakan ahli Pasukan Oracle USA yang menjulang Piala Amerika pada tahun 2013. Selain itu, beliau menerajui kru handalan dalam masa nyata pada Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart Rolex dan Perlumbaan Laut Tengah Rolex.

SailGP-05-rolex-sailgp-fd1-3308-fd1-8129-portrait
SailGP-06-rolex-sailgp-rp1-0428-portrait

Martine Grael – Testimoni Rolex Melakar sejarah

Pada 2025, Martine Grael mencipta sejarah sebagai jurumudi wanita pertama dalam Rolex SailGP Championship bersama Pasukan SailGP Brazil Mubadala yang baharu. Pelayar Brazil ini baru berusia 22 tahun ketika dinobatkan sebagai Pelayar Tahunan Dunia Rolex 2014. Dua tahun kemudian, beliau memenangi pingat emas pertama di Rio daripada dua pingat emas Olimpik dalam kelas 49er FX, diikuti dengan pencapaian di Tokyo pada 2021. Beliau turut mengambil bahagian dalam Perlumbaan Lautan Volvo 2017-2018, pertandingan luar pesisir yang menaikkan namanya sebagai antara pelayar paling berjaya di dunia.

SailGP-07-rolex-sailgp-jb-4607-rp2-9648-portrait
image
Rolex Yacht-Master
Karakter Kelautan
Ketahui lebih lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2025 © The Hour Glass Limited. Hak cipta terpelihara.
FacebookInstagramLinkedInYoutube