menu
logo
rolex-plague-logo
Menu
Oyster Story-rolex-oyster-story-m126233-0015_first_oyster_octagonal_1926_2604_0001_ecirgb-portrait

Oyster Story

Idea ini lahir daripada visi Hans Wilsdorf. Pengasas Rolex berusaha menjadikan jam tangan sebagai aspek penting dalam inovasi teknologi yang mengubah masyarakat menjelang abad ke-20. Seratus tahun selepas merevolusikan dunia pembuatan jam tangan, Oyster terus berkembang dan membantu setiap pemakai mencapai matlamat peribadi mereka.


Ketepatan kronometri, kekalisan air dan mekanisme automatik: tiga cabaran utama dan pencapaian asas pembuatan jam tangan ini akan mengukuhkan kejayaan insan berwawasan dan menentukan takdir sebuah jam tangan revolusioner.

Oyster Story-rolex-oyster-story-hans_wilsdorf_founder_of_rolex_r2_rvb-portrait

Cabaran memburu ketepatan

Pada tahun 1910, seutas jam tangan Rolex dianugerahkan sijil ketepatan kronometri daripada Pusat Penilaian Jam Tangan Rasmi di Bienne, Switzerland. Oleh itu, jam tangan ini terbukti setepat jam saku, yang merupakan penanda aras pada waktu itu. Beberapa tahun kemudian, pada 1914, dunia pembuatan jam tangan sekali lagi dikejutkan apabila seutas lagi jam tangan Rolex menerima sijil ‘Kelas A’ daripada Balai Cerap Kew, Great Britain. Kecemerlangan ini sehingga detik itu secara amnya dikhaskan untuk kronometer marin yang besar.


Melalui pencapaian ini, Rolex telah memberikan sumbangan besar kepada kredibiliti jam tangan, yang sebelum ini dianggap sebagai barang kemas semata-mata dan amat tidak boleh dipercayai dari segi ketepatan. Setelah mengatasi cabaran ketepatan, Rolex mengalihkan perhatian kepada kerja mereka bentuk perisai yang sempurna untuk melindungi gerakan.

Daripada Oyster kepada Oyster Perpetual

Penciptaan Oyster pada tahun 1926 merupakan satu kejayaan besar dalam pembuatan jam tangan. Penutup, yang kemudian digunakan sebagai nama jam tangan, adalah kalis air dan habuk sepenuhnya menerusi sistem yang menskrukan bezel, penutup belakang dan putaran jam pusingan pada penutup tengah.


Revolusi pembuatan jam tangan ini telah diuji pada tahun 1927 apabila wanita Inggeris, Mercedes Gleitze, berenang merentasi Selat di antara Perancis dengan England, menghabiskan lebih 10 jam di laut yang amat dingin. Jam tangan yang dipakai olehnya – seutas Oyster emas – masih dalam keadaan sempurna.


Pembangunan sistem automatik yang inovatif pada tahun 1931, iaitu rotor Perpetual, telah meningkatkan lagi prestasi jam tangan Rolex. Tepat, kalis air dan kini autonomi, Oyster telah menjadi ‘Perpetual’.

Oyster Story-rolex-oyster-story-first_oyster_octagonal_1926_2602_0004_ecirgb-portrait

Makmal hidup

‘Prestasi di bawah tekanan’: begitulah falsafah Hans Wilsdorf yang susulan pencapaian Mercedes Gleitze, mengamanahkan jam tangan Oyster kepada ramai penjelajah, saintis, atlet, juruterbang, pelayar, pendaki gunung dan penyelam. Para lelaki dan wanita ini menguji kebolehpercayaan jam tangan Rolex dari puncak tertinggi hingga lautan terdalam, menjadikan planet kita sebagai makmal hidup. Maklum balas mereka telah membolehkan jurutera pembuatan menyempurnakan jam tangan Oyster dan sentiasa membuat penambahbaikan.

Oyster Story-rolex-oyster-story-1927_mercedesgleitze-portrait
Oyster Story-rolex-oyster-story-first_oyster_octagonal_1926_2602_0005_ecirgb-portrait

Koleksi yang dipacu oleh inovasi

Rintangan yang dipertingkatkan terhadap tekanan dan medan magnet yang kuat, bezel boleh putar bersenggat, zon masa kedua... Sejak pertengahan tahun 1940-an, model telah berkembang dan menjadi semakin khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan. Oleh itu, daripada Oyster yang pertama, muncullah sekeluarga jam tangan. Setiap model telah menetapkan piawaian dalam kategori masing-masing dan banyak yang telah diangkat sebagai ikon reka bentuk jam tangan.

Satu komitmen untuk masa depan

Sejarah Oyster juga diwarnai pelbagai pencapaian pemakai Rolex yang ikonik.


Jenama ini menyokong atlet yang kepakaran, ketelitian, teknik dan keupayaan mereka untuk mengilhami generasi muda telah membantu pembentukan sejarah sukan mereka. Rolex terus menunjukkan komitmen ini menerusi kerjasama dengan institusi paling berprestij dalam bidang ekuestrian, golf, sukan permotoran, tenis dan pelayaran.


Usaha memburu kecemerlangan ini juga mendorong ramai individu menerusi Inisiatif Keabadian Seni, yang bakat mereka meninggalkan kesan yang mendalam terhadap budaya global. Dengan menyokong penggiat seni serta institusi tempat mereka membuat persembahan, Rolex berusaha untuk memelihara dan mewariskan nilai-nilai asas kemanusiaan yang dijunjung tinggi.


Komitmen terhadap masa hadapan ini juga dizahirkan melalui Inisiatif Planet Abadi, yang didorong oleh mereka yang berkongsi kepakaran untuk menangani cabaran alam sekitar pada zaman ini. Kini, para pencetus perubahan ini membina legasi penjelajah awal yang berusaha untuk meningkatkan pemahaman kita tentang dunia bagi mencari cara untuk melindungi bumi.

Oyster Story-rolex-oyster-story-wim_2507jb_4152_r-portrait

Pensijilan Superlative Chronometer baharu

Pada tahun 2026, Rolex memperluas kriteria pensijilan Superlative Chronometer: rintangan terhadap medan magnet, kebolehpercayaan dan kemampanan kini bergabung dengan ketepatan, kekalisan air, automatik dan autonomi, menjadikan tujuh tonggak kecemerlangan secara keseluruhan. Usaha penambahbaikan yang berterusan sentiasa menjadi teras Rolex dan falsafah ini dicerminkan dalam setiap jam tangan. Satu pernyataan komitmen untuk sentiasa mengatasi sempadan ini ialah usaha berterusan jenama ini untuk mencapai ketepatan kronometri. Hal ini telah membawa kepada pembangunan jam atom optik perintis, sekali gus memberi pembuat ini akses kepada tahap ketepatan masa yang belum pernah wujud sebelum ini. Alatan canggih dan inovatif ini merupakan penjaga masa baharu di Rolex dan membentuk sebahagian daripada rangkaian antarabangsa yang mewujudkan Waktu Universal Selaras (UTC).

Oyster Story-rolex-oyster-story-elmt_2602stj_0002_ecirgb-portrait
rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2026 © The Hour Glass Limited. Hak cipta terpelihara.
FacebookInstagramLinkedInYoutube