







Permukaan putih terang
Permukaan ini dihiasi dengan motif sarang lebah serta kemasan satin. Garapannya memerlukan ketukangan tradisional dan kaedah teknologi tinggi yang dikuasai secara dalaman. Struktur sarang lebah dipotong dengan laser femtosecond, yang juga digunakan untuk mengukir garisan halus di dalam alur yang memisahkan setiap sel. Paparan Chromalight, angka terbuka dan penanda jam indeks pendarkilau pada permukaan ini memberikan keterbacaan dalam apa-apa keadaan. Jarum yang juga pendarkilau, telah direka khas untuk model ini.


Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Land-Dweller 36 ini.


Rolesor putih
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.


Ketersediaan Model

