







Permukaan Biru Ais
Biru ais ini ialah warna yang dikhaskan untuk jam tangan yang diperbuat daripada platinum, dan permukaan dihiasi dengan motif sarang lebah serta kemasan sinar matahari. Garapannya memerlukan ketukangan tradisional dan kaedah teknologi tinggi yang dikuasai secara dalaman. Struktur sarang lebah dipotong dengan laser femtosecond, yang juga digunakan untuk mengukir garisan halus di dalam alur yang memisahkan setiap sel. Permukaan dihiasi dengan 10 berlian potongan baguette untuk menandakan senggatan jam.


Bezel bertatahkan berlian
Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum. Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.


Platinum
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.


Ketersediaan Model

