







Permukaan putih terang
Permukaan ini dihiasi dengan motif sarang lebah serta kemasan satin. Garapannya memerlukan ketukangan tradisional dan kaedah teknologi tinggi yang dikuasai secara dalaman. Struktur sarang lebah dipotong dengan laser femtosecond, yang juga digunakan untuk mengukir garisan halus di dalam alur yang memisahkan setiap sel. Permukaan dihiasi dengan 10 berlian potongan baguette untuk menandakan senggatan jam.


Bezel bertatahkan berlian
Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum. Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.


Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.


Ketersediaan Model

