







Besi harimau
GMT-Master II ini menampilkan permukaan besi harimau. Batu metamorf yang digunakan oleh Rolex buat kali pertama pada jam tangan ini memiliki struktur yang kompleks Terdiri daripada tiga mineral – mata harimau, jasper merah dan hematit perak – ini ialah batu permata yang memantulkan warna emas dan jingga. Melalui pemilihan dan pemasangan yang teliti, batu ini berpadu secara harmoni dengan warna penutup dan rantai.


Bezel Boleh Putar 24 Jam
Model ini mempunyai permukaan besi harimau dan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.


Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.


Ketersediaan Model

