







Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Day-Date 40 ini.


Permukaan putih
Lakuer menyatukan kebebasan warna yang hampir tidak terbatas dengan keamatan dan kemasan yang halus. Teknik penyampangan melibatkan kerja menyadur enam lapisan lakuer yang nipis secara berturut-turut pada plat asas loyang. Varnis tanpa warna kemudiannya disapu untuk membangkitkan kedalaman dan kilauan warna. Setelah varnis kering, bahagian atas permukaan digilap untuk menyerlahkan warna; permukaan kemudiannya sedia untuk proses percetakan pad dan tampal hias.


Platinum
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.


Ketersediaan Model


















