






Sisipan bezel Cerachrom
Yacht-Master II mempunyai bezel boleh putar dwiarah yang dilengkapi sisipan Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik biru. Amat keras dan betul-betul kalis calar, seramik berteknologi tinggi yang digunakan oleh Rolex memerlukan alat khas untuk tujuan pemesinan. Warna seramik yang stabil tidak terjejas oleh sinaran ultraungu manakala komposisi kimianya bersifat lengai dan tidak akan terkakis. Pada sisipan Cerachrom biru ini, senggatan dan angka yang teracu dan terbenam disaluti platinum atau emas kuning melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Senggatan bagi setengah jam pertama ditetapkan minit demi minit. Dengan bezel dalam kedudukan neutral, 30 saat terakhir kira detik boleh dibaca dengan lebih terperinci melalui jarum saat tengah kronograf. Bezel bersenggat dengan tepi berlekuk memberikan cengkaman yang sangat baik serta membolehkan pemakai mengukur selang masa dengan mudah – contohnya, masa pelayaran di antara dua boya.


Permukaan putih
Paparan memastikan keterbacaan yang jelas bagi pelbagai fungsi. Permukaan ini disaluti lakuer putih baharu yang kusam untuk mengurangkan pantulan serta menampilkan penanda jam indeks tampal hias yang menjadi simbol jam tangan kategori Profesional. Bebibir, yang dikhaskan untuk fungsi kira detik, diletakkan dengan sangat tepat pada permukaan – satu ciri yang permohonan paten telah difailkan. Bebibir bersenggat dari 10 hingga 0 minit, dengan setengah minit dipaparkan sebagai segi tiga.


Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.


Ketersediaan Model

















