







Bezel Boleh Putar 24 Jam
Model ini mempunyai permukaan seramik hijau dan Sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hijau dan hitam dua warna. Di sampingh jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui pusingan putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka. Sisipan bezel Cerachrom menampilkan kombinasi warna asal: hitam dan hijau eksklusif yang dikhaskan untuk model ini.


Permukaan seramik hijau
Permukaan Cerachrom dicipta dengan cara yang sama seperti permukaan permata asli dengan memasang cakera bahan pada plat loyang dan memaparkan rona hijau yang serupa dengan bahagian bawah sisipan bezel Cerachrom dua warna hijau dan hitam yang menghiasi muka jam. Ini ialah permukaan Cerachrom pertama pada jam tangan Rolex. Pada jam tangan ini, putaran jam dan pelindung putaran jam berada di sebelah kiri penutup jam tangan. Bukaan tarikh dan kanta Siklops berada pada pukul 9.


Emas putih 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperoleh: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.


Ketersediaan Model

