menu
logo
rolex-plague-logo
Menu

Rolex
GMT-Master II
Oyster, 40 mm, emas Everose
M126715CHNR-0002

Jaminan Rolexless-icon
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.
Meterai hijaumore-icon
Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.
Kota peragaan Rolexmore-icon
Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.
key-selling-point-mobile
Rujukan
126715CHNR
bentuk model
Oyster, 40 mm, emas Everose
bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Dua warna perang dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
dail
Besi harimau
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Besi harimau

GMT-Master II ini menampilkan permukaan besi harimau. Batu metamorf yang digunakan oleh Rolex buat kali pertama pada jam tangan ini memiliki struktur yang kompleks Terdiri daripada tiga mineral – mata harimau, jasper merah dan hematit perak – ini ialah batu permata yang memantulkan warna emas dan jingga. Melalui pemilihan dan pemasangan yang teliti, batu ini berpadu secara harmoni dengan warna penutup dan rantai.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Bezel Boleh Putar 24 Jam

Model ini mempunyai permukaan besi harimau dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik perang dan hitam dwiwarna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Emas Everose 18 karat

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex GMT-Master II
In connection with the world
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2025 © The Hour Glass Limited. Hak cipta terpelihara.
FacebookInstagramLinkedInYoutube