menu
logo
rolex-plague-logo
Menu

Rolex
GMT-Master II
Oyster, 40 mm, Oystersteel
M126710GRNR-0003

Jaminan Rolexless-icon
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.
Meterai hijaumore-icon
Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.
Kota peragaan Rolexmore-icon
Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.
key-selling-point-mobile
Rujukan
126710GRNR
bentuk model
Oyster, 40 mm, Oystersteel
bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Sisipan Cerachrom dwiwarna kelabu dan hitam dalam seramik, angka dan senggatan teracu
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
gelang
Jubilee, penghubung lima keping
dail
Hitam
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Bezel Boleh Putar 24 Jam

Model ini mempunyai permukaan hitam dan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam dwiwarna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Permukaan hitam

Dail lakuer hitam mengandungi tulisan 'GMT-Master II' berwarna hijau. Warna ini juga terdapat pada tangan 24 jam. Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya dalam kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, apabila ketahanan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan lasak dan menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex GMT-Master II
In connection with the world
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2025 © The Hour Glass Limited. Hak cipta terpelihara.
FacebookInstagramLinkedInYoutube