






Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 41 ini.


Permukaan ombre hijau
Permukaan disaluti lakuer sepenuhnya, yang pertama untuk permukaan ombre sejak pengenalan semula reka bentuk ini dalam katalog jenama pada tahun 2019. Lakuer hijau disapu pada plat asas, kemudian, seperti semua permukaan ombre, gradien warna dihasilkan dengan menyembur lakuer hitam dalam gerakan sepusat. Inskripsi putih itu amat jelas kelihatan, memaparkan penanda jam indeks Chromalight.


Rolesor putih
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.


Ketersediaan Model

















