






Permukaan Mutiara Tempurung
Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Mutiara tempurung penuh dengan sifat misteri dan kejutan. Bergantung pada tempat asal, mutiara boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Terdapat perbezaan dari segi warna, keamatan dan struktur mengikut bahagian cangkerang yang diekstrak. Di Rolex, mutiara tempurung tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan digembleng untuk menonjolkan keindahan semula jadi dan memelihara warna asalnya. Oleh sebab semua permukaan mutiara tempurung adalah unik, permukaan yang serupa tidak akan ditemui pada pergelangan tangan orang lain.


Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 31 ini.


Rolesor Everose
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.


Ketersediaan Model

















