
RolexCosmograph DaytonaOyster, 40 mm, Oystersteel dan emas kuningM126503-0003







Skala takimetri
Dengan skala takimetri, tiga pembilang dan penekan, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala takimetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa yang berlalu. Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan hingga 400 unit sejam yang diukur dalam kilometer atau batu.


Permukaan hitam
Model ini menampilkan permukaan hitam dengan pembilang bersalut semburan, penanda jam applique emas 18 karat dan jarum dengan paparan Chromalight, bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Permukaan membolehkan pemandu memetakan masa dan taktik trek mereka dengan tepat dan sempurna.


Rolesor kuning
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.


Ketersediaan Model

